Friday 10 October 2014

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

     Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza. Mayarakat majmuk biasanya dikaitkan dengan negara Malaysia. Ini kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan budaya yang tersendiri. Kini, negara Malaysia telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Dengan adanya kepelbagaian kaum di Malaysia, maka wujudnya kepelbagain adat resam, budaya, bahasa, agama dan sebagainya.

 
    Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan mengikut garis-garis pemisah (segremental cleavages) seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya". Menurut Kamus Dewan (2005),ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka contohnya seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangasa Melayu, Cina, India dan lain-lain.

 
     Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.

 
     Setiap bangsa Malaysia mempunyai sejarah yang tersendiri seperti Kaum Melayu dahulunya tinggal di perkampungan.Selain itu,mereka juga bekerja sebagai petani,peternak, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan.Pada mulanya kaum Melayu menganut agama buddha.Namun sejak kedatangan Islam datang ke tanah Melayu, kaum Melayu telah menganut agama Islam.Dengan kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu telah mengamalkan syariat yang wajib diamalkan dalam Islam contohnya solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengerjakan haji dan lain-lain lagi.

 
    Seterusnya, masyarakat Cina biasanya menetap di perbandaran. Kedatangan buruh dari Cina secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan mereka berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Fukien dan Kwangsi. Kebanyakan masyarakat Cina bekerja sebagai peniaga. Sesetengah kaum Cina bekerja sebagai pelombong semasa era penjajahan British. Kedatanagn buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan pengambilan rumah kongsi. Sesetengah kaum Cina menganut agama Kristian namun kebanyakan kaum Cina menganut agama Buddha.

 
     Masyarakat India di Tanah Melayu juga tinggal di kawasan ladang atau estet .Kaum India telah mula datang ke Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang. Pada akhir abad ke-19 dan pada permulaan abad ke-20, penjajah British mendapati India sebagai tempat mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senag dikawal.Dalam tahun 1880-an, Hugh Low dan Frederick Weld telah mendapatkan permit daripada kerajaan British untuk mengimport buruh-buruh dari India dan bekerja di ladang-ladang milik mereka di Tanah Melayu. Kaum India terbahagi kepada beberapa suku etnik diantaranya terdiri daripada Tamil, Telegu, Ceylon dan lain-lain. Kebanyakan mereka yang diambil bekerja di ladang-ladang adalah dari golongan Tamil.