Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya
Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat
pecahan etnik iaitu
1.Selakau/Lara (Daerah Lundu)
2.Jagoi/Singai (Daerah Bau)
3.Biatah (Daerah Kecil Padawan)
Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah
dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa
sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan
barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong,
tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat
tidur di kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah
panjang masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah
disamakan dengan berandah rumah pada masa ini. Di "awah" masyarakat
Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual,
membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan
untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan
pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya. "tanju" pula
adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat Bidayuh. Bahagian
tanju agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju
lazimnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi,
lada, jagung dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment