Sejak
dari awal lagi, Tanah Melayu telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang India dan
golongan Brahmin. Selain berdagang, orang India mahu mengembangkan agama Hindu
dan Buddha di Tanah Melayu. Jumlah orang India di Tanah Melayu semakin
bertambah pada abad ke-15 pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Mereka mula
mendirikan petempatan awal di Melaka yang dikenali sebagai “Kampung Keling”.
Pembukaan
Pulau Pinang oleh Francis Light pada tahun 1786, menambahkan jumlah orang India
di Tanah Melayu. Menjelang tahun 1870-an, Kerajaan Inggeris telah menggalakkan
kemasukan buruh India secara beramai-ramai di Tanah Melayu akibat perkembangan
pertanian dagangan seperti kopi dan getah.
Pada
tahun 1891, jumlah penduduk India di Tanah Melayu ialah 75,000 orang dan
meningkat kepada 622,000 orang pada tahun 1931. Sebahagian besar buruh India
yang tiba di Tanah Melayu berasal dari India Selatan (Madras) dan India Utara
(Punjab). Mereka terdiri daripada beberapa kumpulan etnik seperti Tamil, Malayali,
Telugu, dan Sikh.
Seperti
orang Cina, orang India juga mula menetap di Tanah Melayu selepas tamatnya
Perang Dunia Ke-2. Kebanyakan orang India tinggal di kawasan ladang atau
estet-estet getah dan kelapa sawit. Sebahagiannya menetap di bandar-bandar seperti
Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang dan Singapura.
No comments:
Post a Comment